Kenapa Buku kanak-kanak 70+ Aktiviti Cinta Al Quran?

Bismillahirrahmanirrohim..

 

Syukur sangat pada Allah swt yang mengilhamkan untuk buku aktiviti kanak-kanak Islami ini diterbitkan.

70+ aktiviti cinta Al Quran..ini hanya sebahagian..banyak lagi yang tak dimasukkan kerana kapasiti masa dan tenaga.huhu.

 

Semoga yang ada ini membeir idea kepada ibu-ibu untuk laksanakannya dirumah.

 

Bonding time dan kasih sayang itu sebenarya yang menjadikan kisah-kisah biasa menjadi luar biasa!

MashaAllah memang menerbitkan buku ini paling mencabar bagi saya kerana ia sangat memakan masa dan tenaga. Hampir-hampir saya mahu berhenti kerana keletihan.

Apabila semangat hilang, saya bersendiri berdoa “jika buku ini membawa manfaat kepada ummah, izinkanlah ia dimanfaatkan oleh ummah..”

Akhirnya perlahan-lahan siap juga dengan izinNya..

Ia adalah buku kanak-kanak Islami, kompilasi aktiviti homeschooling kami di rumah.Sedar tak sedar aktiviti ini banyak juga aktiviti yang telah kami lakukan. Melihatkan kesan positif pada anak-anak ini, harapan saya ia boleh diaplikasi kepada lebih ramai lagi untuk membina generasi cinta Al Quran.

Kita berusaha, natijahnya Allah swt jua yang tentukan.

 

#bermuladirumah

#AuladReadPlay

 

 

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone: 019-2791303
Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Selangor
11, Jalan Taman Batu Muda 10