Pendidikan Seksual dalam Quran

PENDIDIKAN SEKSUAL DALAM QURAN
===============================

At-Taariq ayat 5-7

(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.(ayat 5)

Ia diciptakan dari air (mani) yang terpancar (ayat 6)
Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan (ayat 7)

=============

“Ummi, what is sulbi?”13082497_10153973282751690_2303133485181427105_n

MasyaAllah, ini peluang bisik hati saya. Saya tak perasan perkataan itu boleh dimanfaatkan untuk terang lebih lanjut pada anak-anak.

Bila anak dah tanya, inilah peluang untuk digunakan. Dan soalan-soalan tentang perbezaan girl dan boy memang selalu ditanya.13102886_10153973274536690_7255219415044831456_n

Bila anak dah tanya, mereka mahu tahu dan kita perlu terangkan sesuai dengan tahap kefahaman mereka.

“Sulbi tu tulang pinggul.Jom kita ambil buku ‘skeleton’. Haa..yang ni lah tulang sulbi”

13062049_10153973297036690_7629892668505598480_n“Oh tulang bam bam..maluuuuu”ketiga anak lelaki permata hati saya gelak memandang sesama sendiri.

“Haa…malukan..malu sebab ada tempat kencing disitu kita panggil kemaluan. Ke’malu’an. Ada word malu. Tak boleh tunjuk pada orang dan tak boleh beri orang lain pegang..maluuu..”

Semua angguk mata merenung jauh berfikir

13055448_10153973277186690_3372208972831590569_n“Oh..patutla aurat kita pusat sampai lutut! Nak cover kemaluan sekali..”

Saya pun wonder dengan kebolehan anak kaitkan info yang mereka ada.

“Pandai pun. Aurat kena tutup. Untuk jadi sopan kena tutup proper maksudnya pakai tshirt, seluar panjang.” Semua senyum dengar ummi bercerita.

“Cuba rasa kat pinggang kita..rasa tak ada tulang tepi ni.”

“Rasa-rasa..keras..” mereka makin excited.

“Ummi, kawan cakap kawin-kawin. Bila kita boleh kawin?” comel sangat anak bertanya dengan nada ikhlas nak tahu.

Saya nak gelak pun ada tapi maintain so anak tak malu bertanya. Saya tunjukkan gambar fasa kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua di gambar. Saya tunjuk adult baru kahwin..13076653_10153973277516690_4146439036747512900_n

“Ooo, musleh baru kat sini, small lagi.”
Alhamdulillah dah faham.

Perbincangan kami agak panjang petang semalam. Anak bertanya, ummi menjawab tentang:
-mengapa bentuk berbeza
-kenapa perempuan sahaja boleh mengandung
-apa makna air mani dalam ayat 6 surah at taariq13087389_10153973277021690_4829460681132381998_n
-kenapa lelaki ada janggut dan misai perempuan tiada

Sejujurnya saya rasa lebih natural berbincamg seperti perbincangan yang sebelum-sebelum ini tentang ayat Quran. Apabila penerangan nampak seperti biasa, anak tidak malu bertanya dan tidak merasakan ia sesuatu yang janggal. Dibantu mula gambar rajah dari buku yang terangkan dengan proper.

Dan kesempatan ini dikaitkan dengan:
– kenapa perlu tidur bilik sendiri.
– kenapa perlu ketuk pintu minta izin masuk bilik ayah ummi
– kenapa mandi tak boleh sama-sama
– kenapa tidur tak digalakkan meniarap
– beza hormon lelaki dan perempuan
– ikhtilat, kenapa lelaki perempuan bukan muhrim tak boleh berpegangan dan kenapa kelas di sekolah KMS asingkan lelaki perempuan ( suasana disekolah mendidik sebenarnya)13061998_10153973277301690_7662267489375818786_n

Serooonok sangat berbual dan berbincang. Anak faham dan reaksi mereka macam dapat ilmu lain sebelum-sebelum ni. Semoga pengetahuan asas ini bantu mereka memahami dan mempunyai self-control yang tinggi.

Isu pendidikan seksual anak-anak memang isu yang agak sukar di tackle dan yang terbaik adalah ia datang dari ibu bapa sebelum anak-anak dapat dari kawan-kawan atau sumber lain yang mencurigakan.

‪#‎auladhomeschool‬
‪#‎sexualeducation‬
‪#‎quranicbase‬