Saya dan Buku

Ada yang bertphoto_2015-09-03_23-00-12anya, bagaimana dari seorang yang bercita-cita menjadi paediatrician boleh terlibat dengan menulis buku kanak-kanak? Sebenarnya saya sangat minat membaca dan menulis. Hobi saya dari dulu. Saya memang gemar mengeluarkan semula points atau input yang diperoleh dari pembacaan dalam bentuk penulisan, kerana dengan menulis saya boleh susun maklumat agar lebih mudah dipraktikkan dan boleh berkongsi dengan orang lain (walau pun saya tak pasti ada ke orang yang nak baca perkongsian saya). Dan apa sahaja tentang anak-anak kecil terutama kebolehan otak dan kesucianhati mereka sangat menarik minat saya.

Saya juga menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Sebab itu saya sangat ‘appreciate’ applications notedpad dalam handphone. Bila terlintas je sesuatu di kepala yang saya rasa penting saya akan ‘jot down’ dalam notepad.

Begitu jugalah bermulanya buku ‘5minutes Bedtime Reminders for Little Ones’. Pada mulanya saya agak melankolik apabila saya rasa mahu menulis sesuatu buat anak-anak sebagai wasiat. Wasiat yang boleh ‘dilihat’ sampai mereka dewasa dan boleh diperturunkan kepada cucu-cucu saya kelak. Heh sampai ke cucu dah kan..

cover buku tulisan saya
cover buku tulisan saya

Saya teliti apa wasiat yang saya rasa perlu untuk anak-anak yang masih kecil. Saya bersama mereka, perhatikan apa yang tidak kena pada perbuatan dan sikap seharian mereka maka saya catat dan hasilkan nasihat dari ‘points’ tersebut. Saya menulis di dalam kereta, sewaktu oncall apabila tiada pesakit, ditepi taman atau laut ketika berkelah.Kumpul-kumpul, alhamdulillah akhirnya terhasillah buku nasihat ini..

content bedtime2content bedtime 1

Memang sebenarnya menulis boleh di mana-mana yang penting apabila idea mencurah jangan tangguh untuk menadahnya dengan menulisnya dengan segera. 🙂

Dapatkan buku 5-minutes Bedtime Reminders for Little Ones di Aulad Read & Play