Tips Anak Lupakan Gajet

11846784_502993979852377_2274491668265798781_n  (bagi yang terlalu ‘terikat’ dgn gajet tetapi belum tahap ketagihan teruk)

#‎amanahAllahDrA‬

Saya ibu yang banyak kekurangan.Masa berpantang yang lalu tak menang tangan memantau semua anak.
Maka saya terpaksa menumpukan kepada yang baru lahir maka kurang pemantauan kepada 3 anak lelaki dalam menggunakan gajet.

Maka mereka tersangat ‘attached’ dengan gajet. Suatu yang saya sangat risau.

Setelah saya sihat dan boleh ‘berfungsi’ seperti sediakala…bermulalah strategi saya untuk ‘unplugged’ anak-anak dari gajet.

Ramai cadang pelbagai cara tetapi untuk unplug 3 anak sekaligus saya memilih cara bertegas..11822752_502994003185708_1059407726107131359_n

  1. Solat hajat mohon Allah mudahkan
  2. Bincang hati ke hati dengan pasangan, jika terpaksa merayu kerjasamanya..merayulah.. dan sepakat utk laksanakan peraturan yg dirancang
  3. Terangkan pada anak ibu akan hadkan penggunaan gajet kepada sabtu dan ahad sahaja iaitu max 2 jam each day.
  4. Isnin-Jumaat tidak boleh langsung guna gajet
  5. Hari 1-3 gajet letak ditempat tak boleh dicapai (cth atas almari)
  6. Tahan diri dari mengalah jika anak meraung sekalipun…biar dia nangis hari ni dari kita nangis kemudian hari
  7. Isi masa anak dengan aktiviti menarik. Cadangan saya outdoor seperti playground. Gunakan masa kita bersama mereka. Kebersamaan kita mendamaikan anak. Lebih barakah bersama-sama ke masjid berdekatan.
  8. 11825676_502994049852370_227577946305449831_nBeri kata-kata semangat dan pujian apabila hari berjaya tanpa gajet
  9. Jangan risau jika anak bosan, fitrah otak dan kebolehan anak jika bosan otak akan fikir sesuatu utk dilakukan, lantas merangsang ke kreatifan anak.
  10. Kita pun janganla guna depan mereka
  11. Tunaikan apa yang anda dah janji (2jam max pd sabtu dan ahad) jika mereka menuntut.

Dengan izin Allah, anda akan ‘amaze’ selepas 1-2 minggu anak tidak hairan lagi gajet..mereka lebih suka aktiviti fizikal…

Alhamdulillah..