Mengapa “Imaginative/ Pretend Play” Sangat Penting?

photo_2015-09-03_23-26-01 Hari ini saya agak sibuk mengejar dateline untuk sesuatu. Maka anak-anak perlu melaksanakan aktiviti mereka sendiri, tiada homeschool activity. Begitulah nasib homeschool kadangkala apa yang dirancang tidak dapat dilaksana tetapi tidak perlu stress kerana kita sangat flexible.

Fitrah anak-anak, apabila mereka merasa bosan, otak akan digerakkan untuk berfikir apa yang boleh dilakukan.

Maka bermulalah exploration mereka di dalam rumah dan terjumpa kalkulator kepunyaan ayah. Terus neuron otak mereka bersambung dan bergegas ke bilik aktiviti mencari apron mereka.

Kedua beradik yang berumur 3 dan 5 tahun berkerjasama menyusun atur kerusi dan meja serta dihias seperti meja makan. Dari jauh saya hanya memerhati. Datang kembali kepada saya memohon untuk meminjam kalkulator saya pula.

Beberapa minit kemudian, dengan pen yang terselit diapron, memegang kertas mereka datang mengambil pesanan makanan. Si adik menekan-nekan kalkulator umpama mengira harga pesanan saya.


Anak-anak sangat amazing! Mereka berlakon dan berimaginasi.

Dua kebolehan ini sangat penting dalam perkembangan mereka.photo_2015-09-03_23-25-47

Menurut pakar psychology, melalui aktiviti ini mereka mampu:

  1. mengenal diri dan peranan mereka
  2. mengatasi kekeliruan dan ketakutan mereka terhadap realiti hidup
  3. mengasah kemahiran berfikir. Aktiviti sebegini memerlukan kemahiran sosial, strategi dan komunikasi
  4. merangsang perkembangan kemahiran sosial dan emosi. Mereka belajar mengendalikan perasaan apabila bermain dalam pasukan
  5. belajar mengaplikasi apa yang difahami

Berlakon dan berimaginasi bukan sesuatu yang membazir waktu sebaliknya suatu yang amat digalakkan. Anak-anak belajar dari bermain. Bantu dan sediakan persekitaran untuk bereksplorasi, permainan utk berimaginasi dan keterlibatan untuk mereka rasa dihargai!

 

Loves,

Dr. Anayasmin