Anak Tak Boleh Duduk Diam Bila Read-Aloud

Salam Selasa,

Read-aloud session mudah bagi ibu-ibu yang anaknya boleh duduk diam dan sukar mendengar. Untuk mencapai tahap anak boleh beri tumpuan juga bukan mudah, pastinya si ibu telah mempraktikkan sesi sebegini sejak dari dulu. Kerana memang fitrah anak aktif dan suka explore their environment!

Bagaimana nak buat read-aloud session jika anak yang fidgety begini? Salah satu cadangan saya adalah ibu read-aloud buku kegemaran anak dan anak melukis. Ini akan ‘menyibukkan’ anggota badan dan fikirannya, sementara deria pendengaran aktif mendengar. Anak boleh menggambarkan apa yang diceritakan dalam bentuk lukisannya.

Begitu juga dengan mengaji, ibu boleh mengaji disamping anak-anak apabila mereka melakukan aktiviti seperti bermain atau melukis. Sekiranya ibu tidak berkesempatan untuk mengaji pada hari tersebut, selepas sesi bedtime stories, ibu boleh ambil kesempatan untuk mengaji disamping anak-anak hingga mereka tertidur.

Secara tidak langsung ibu memanfaatkan otak separa sedar anak dan mewujudkan suasana yang tenang kerana rumah yang sering terdengar ayat-ayat al Quran di dalamnya akan hidup dengan rahmah. SUbhanallah…

Jangan dimarah anak, biarkan mereka beraktiviti terutama anak yang bersifat kinestetik. Mereka memerlukan pergrakan, sentuhan dan elemen emosi untuk memudahkan mereka menerima sesuatu pembelajaran.

Jom cuba pada anak!:)