Lambat Cakap

Seorang teman bertanya, deidentified for confidentiality. Sekadar mengambil pengajaran.

Q: “Anak saya nak masuk 1 tahun 9 bulan tapi vocab dia sangatttt limited..mama, adoi. Tapi dia ada eye contact, boleh join sepupu2 dia main, kalau panggil nama dia dtg, kadang2 faham arahan, kadang2 tak.”

Perlukah di bawa check? Bila baca , kdg2 ada ciri autism tapi macam tak ada.Ke dia speech delay?

A: anak-anak berkembang pada fasa mereka tersendiri. Bagainanapun ada ‘general rule’ yang perlu dipantau untuk mengenal pasti sekiranya ada masalah yang menyebabkan kelambatan perkembangan anak itu. Kelonggaran diberikan utk anak memcapai sesuatu perkembangan dalam beberapa bulan sebagai contoh perkembangan yang sepatitnya dicapai pada usia 18bulan mungkin hanya dicapai pada usia 21bulan dan ianya adalah normal. Bagi anak yang lahir pramatang, perkembangan perlu mwngikut “corrected age” mereka.

Antara tanda-tanda ana memerlukan perhatian adalah:

By 12 -15 months:
Tidak menyebut “mama” or “dada”.tiada bebelan menggunakan konsonan seperti baba,dadada,nanana.tidak faham ‘no’.tidak menggunakan herak badan seperti menggeleng utk tidak,melambai.Tidak menunjuk bahan yang diingini. Secara umum anak sudah memiliki 2-6 vocabularies pd usia 15bulan.

By 18 months:
Tidak mengenal sekurangnya satu anggota badan apabila ditanya.Tidak berkata-kata any single word yg difahami.
Anggaran vocabularies 6-40 single words.

Between 19 and 24 months:
Tidak menunjukkan peningkatan penguasaan vocab yg baik.anggaran satu perkataan baru seminggu. Sepatutnya sudah mula.menggabungkan dua perkataan seperti ” minum + air”, ‘makan+nasi”

By 24 months:
Tidak memahami arahan ringkas seperti ‘ambil bola’.
Tidak menunjukkan ‘pretend play’ seperti menyikat rambut doll.
Tidak mengenal gambar yang disebut dalam buku.tidak menggabung dua perkataan.

By age 3:
Tidak boleh bercakap dalam frasa pendek.
Tidak faham arahan ringkas.
Perkataan yang amat sukar difahami
Masalah dalam menyebut perkataan

By age 4:
Tidak menguasai single words
Tidak faham konsep sama, berbeza
Tidak menggunakan kata ganti diri ‘saya’, awak/kamu’ dengan betul.

Punca-punca lambat bercakap:

-sedikit kontroversi mengenai pendedahan lebih dr satu bahas menyebabkan lambat bercakap.melalui pemerhatian ini berlaku dan penggunaan satu bahasa tetap membantu improve percakapan anak
-kurang stimulasi
-learninh disability: perlu assessment yg rapi oleh doktor
-masalah pada otot mengawal percakapan
-masalah pendengaran
-masalah genetik
-autistic spectrum disorder
-masalah saraf (neurological disorder)
-idopathic-tiada punca ditemui