Melatih ‘executive function’

“Ummi, nak masak ye? Umar nak tolong boleh?”

Ini soalan anakanda Umar yang selalu ditanya.

Murni hatinya nak membantu ummi. Kalau boleh dia nak umminya berehat biar dia masakkan.

Bukan tak mahu, cuma api dan minyak panas belum saya bersedia nak lepaskan dia sendiri.

“Nak masak apa ummi hari ni?” Gembira sangat bila dapat izin utk turut membantu.

“Sayur masak lemak dan ayam sambal inshaAllah.”saya menjawab ringkas.

“Umar ambilkan bahan-bahan ye Ummi.”pantas dia bergerak ke dapur.

“Boleh..kalau ada terlupa ummi bagi tau kejap lagi. Umar keluarkan yang umar ingat dulu ye.”

20160317_152414

 

Sedar atau tak, proses planning sedang berlaku. Apabila anak plan/merancang mereka mengaktifkan kognitif melalui ‘recall memory’ dan ‘imagination’ untuk bahan-bahan dan langkah-langkah melalui pengalaman yang lepas.

Mereka belajar membuat keputusan dan ini menambahkan keyakinan diri mereka.

Selepas rancang mereka laksanakan. Perlaksanaan ni sangat penting. Banyak anak boleh belajar.

“Bawang, santan, ayam, carrot…” anak berbisik sendiri. Ini suara dalaman anak. Suara ini membantu mengembangkan kebolehan ‘self control’. Inner speech akan terbentuk mulai usia 3 tahun. Inner speech ini juga bantu menyusun idea yang sedang berlegar di minda. Kalau makin susah sesuatu tugasan makin kerap kita bercakap sendirian, perasan tak?

20160317_152028

Bila anak buat apa dirancang cth masak bersama (kalau aktiviti selamat, beri kebebasan untuk anak buat sendiri). Mereka mengaktifkan ‘executive function’ seperti mengaktifkan HOTS (higher order thinking skills), dengan berimaginasi apa yang perlu dilakukan step-by-step kemudian analisa untuk di apply, problem solving cth sayur tak muat dalam bakul A maka tukar bakul B, mengawal emosi: cth potong sayur asyik tergolek carrotnya. Mereka tak kecewa tetap cuba lagi.

Last sekali review. Anak akan lihat hasil masakan mereka. Analisa kenapa tawar or terlebih masin. Macam mana nak atasi next time. Waktu ni juga boleh kaitkan dengan kandungan zat makanan. Umar kata dia mudah ingat citamin A kaya dalam carrot dan ia bagus untuk mata. Mudah ingat sebab bentuk carrot macam anak mata.

20160423_181703

Mudah sgt..aktiviti dapur bersama dah boleh latih ‘executive function’ yang membantu anak untuk berfikir lebih dari biasa.:) Dengan izin Allah jua.