Homeschool Disiplin: Jadual Visual untuk Anak Kecil

Bismillahirrahmanirrahim,

Homeschooling anak-anak berbeza umur ada cabaran tersendiri kerana perkembangan dan kebolehan yang berbeza.

160905021626

Dalam menyusun jadual, puas saya fikirkan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat tentang aturan dan rutin homeschool kepada anak yang masih belum boleh membaca. Alhamdulillah diberi idea cara ‘jadual visual’.

Rutin penting untuk anak kecil kerana ia memberi mereka ‘sense of security’ kerana tahu apa akan berlaku seterusnya dan mereka tahu bagaimana untuk behave.

20160903_163028

Walaupun cara utama kami adalah secara santai dan tidak memaksa tetapi ‘rangka aktiviti’ harian adalah perlu agar:

1) tercapai target harian

2) membantu anak ‘anticipate’ apa akan berlaku

3) tidak membazir masa kerana sudah tahu apa perlu diisi, hanya suaikan dengan keadaan

4) kanak-kanak lebih jelas apabila ada ‘visual’ view untuk mereka lebih faham.

Dengan cara ini saya dapati anak-anak tidak meragam kerana mereka sudah ‘anticipate’ what will happen next. Anak-anak open untuk bertanya untuk lebih faham perjalanan homeschool. Target tercapai dengan santai.

Juga memudahkan uminya even kadang-kadang mereka yang terlebih punctual dari umminya.

20160903_163159

Tujuan jadual ‘visual’ adalah apabila lihat gambar anak akan tahu apa aktiviti dan dia bersedia dan mudah berkejasama. Mudah sahaja caranya:

  1. background jadual boleh beli di daiso atau buat sendiri
  2. print gambar ‘tag’ untuk aktiviti
  3. gambar tampalkan atas kotak agar dia keras sedikit mudah nak lekatkan
  4. guna blue tag untuk lekatkan.
  5. Aturkan aktiviti seperti dirancang

Siap untuk anak-anak lihat dan faham!:)

#auladhomeschool

#pengurusanmasa

One thought on “Homeschool Disiplin: Jadual Visual untuk Anak Kecil

Comments are closed.