Waktu-waktu berkesan memahat kata-kata positif

auladreadplay.com – Maaf kerana lambat membuat entry perkongsian ini. Kerana sabtu dan ahad adalah hari kerja kemasyarakatan dan outdoor kami sekeluarga.

Saya brief dulu sikit tentang minda sedar dan separa sedar anak. Ini adalah catatan dari tulisan Asep Herna. Minda manusia Allah swt ciptakan sangat indah ada minda sedar dan separa sedar.

download

Minda sedar lebih kepada fikiran logik dan rasional. Separa sedar pula lebih kepada emosi, kreativiti, ‘belief’, persepsi.

Anak-anak kita yang usia 0-3tahun, minda separa sedar lebih mendominasi. Perlahan-lahan minda sedar akan semakin aktif sehingga sekitar umur 7tahun. Minda separa sedar anak-anak akan bersetuju apa yang dikatakan adalah benar belaka….huhu takutkan. 

Contoh jika kita kata “Ahmad kenapa buat macam ni..Ahmad ni nakal !” 

marah-anak-dengan-kata-kesat

Ini seumpama cadangan kita kepada minda separa sedar Ahmad dan minda Ahmad menerimanya sebagai satu yang benar dan ter’program’ dalam dirinya.

Maklumat ‘nakal’ tadi akan kekal dalam minda Ahmad hingga jika ada cadangan yang baru seperti “Ahmad anak Umi yang soleh” menggantikan…huuhu takutkan..kita macam memprogram komputer sebenarnya.

ayah-dan-anaknya-1024x1024

Mengikut kajian, tindakan manusia dipengaruhi 88% minda separa sedar dan 12% minda sedar. Minda separa sedar boleh mempengaruhi minda sedar tetapi tidak sebaliknya. 

Minda separa sedar mampu mempengaruhi diri seseorang dari segi kesan fizikal atau emosi. Contohnya kalau maklumat positif yang di ‘install’ , tubuh badan anak lebih sihat dan bahagia dengan izin Allah.

Apabila kita sudah tahu akan maklumat begini, kita boleh memanfaatkan dengan ‘memasukkan’ data-data positif pada waktu-waktu yang dapat akses kepada minda separa sedar anak.

Waktu-waktu yang sesuai untuk membisikkan pesanan dan nasihat adalah ketika: 

1. KETIKA MENGANTUK 

Ketika ini, gelombang otak anak turun dari beta ke alpha. Anak berada dalam keadaan sangat malas untuk melakukan perkara lain, kecuali tidur. Ini adalah saat sesuai untuk mencadangkan kata-kata positif. Bisikkan kata positif dengan lembut dan kasih sayang di telinga anak. Sebolehnya minimum sebanyak 3 kali. Yang terakhir dapatkan ‘confirmation’ dari anak. “Ahmad anak soleh Ummi kan,” anak mengangguk perlahan. Jika tiada respond tidak mengapa. Bedtime stories juga memainkan perana waktu ini. Ada juga ibu-ibu yang memasangkan ayat-ayat suci Al Qurran waktu ini agar ia terpahat diminda anak.

94070871-girl-sleeping-415
2. 30 MINIT PERTAMA SAAT TIDUR

30 minit pertama waktu tidur, otak anak berada dalam gelombang alpha ke theta, iaitu keadaan sangat yang sangat sesuai memasukan kata-kata positif anda.

pokzzh4lk41muto

3. KETIKA BERMIMPI

Mimpi berlaku ketika anak berada dalam gelombang theta. Tanda ketika anak bermimpi ada pada kelopak dan bola matanya bergerak. Ini juga disebut REM (Rapid Eye Movement).download

4.30 MINIT SEBELUM BANGUN

Dari gelombang deltha (tidur), 30 minit sebelum sedar dari tidur anak berada antara gelombang theta dan alpha. Waktu ini juga sesuai untuk menyampaikan cadangan dengan kasih sayang.

memorize-poetry-4-600x3995. FOKUS MEMBACA BUKU

Situasi sedang khusyu’ adalah ketika gelombang minda alpha. Cuba panggil anak dan jika anak seolah malas menjawab atau tidak menoleh, itu tanda anak begitu fokus. Tanpa menyentuhnya sebutkan kata-kata positif anda. Pastikan anak dalam keadaan semakin fokus membaca. Contohnya ” Semakin Umar khusyu’ membaca buku, semakin Umar mudah menghafal Quran.”

video-game-kid

6. KETIKA ANAK MAIN GAME

Ini tidak bermakna main games adalah bagus. Cuma jika anak-anak dah terjebak dengan games, boleh manfaatkan juga ketika ini. Sedang anak kusyu’ main games, ucapkan cadangan positif tanpa perlu menyentuhnya. Ulang beberapa kali.

x47. KETIKA MENGINGAT SESUATU
Ketika anak sedang mengingat sesuatu, contohnya menghafal,  masukkan kata-kata positif dengan lembut. Misalnya : “Ahmad, semakin Ahmad kusyu’ menghafal, semakin Ahmad rajin ke sekolah”.

images-28. MENANGIS

Hebatnya Allah, sel-sel air mata mampu merangsang manusia. Dalam menangis anak di situasi mudah menerima cadangan. Bukan hanya sel air mata, tetapi juga emosi yang fokus dan ekstrem. Maka, inilah saat yang tepat untuk memberi kata positif pada anak.
gambar-anak-sholeh-berdoa9. BERDOA

Berdoa adalah ketika seseorang boleh khusyuk dan gelombang otak turun memasuki fasa alpha atau theta. Berdoa adalah saat bagus untuk mencadangkan kepada minda anak akan kata positif. Ajaklah anak berdoa bersama dan masukkan kata-kata cadangan positif kita untuk setiap anak. Ditambah pula dengan keberkatan doa seorang ibu untuk anaknya dan doa seorang anak kecil untuk dirinya.
They always come out at night10. TAKUT

Takut merupakan situasi melibatkan emosi. Ketika takut, jiwa anak perlukan sesuatu yang mampu membuatnya tenang. Manfaatkan situasi ini dengan menenangkan anak, peluk, buat anak berasa selesa dan masukkan kata-kata positif anda.

ngelamun11. MENGELAMUN

Ketika anak mengelamun, minda separa sedarnya terbuka. Saat yang bagus untuk memasukan sugesti positif. Lakukan tanpa menyentuhnya.

 

Ini adalah antara waktu yang sangat bagus untuk akses kepada minda separa sedar anak dan pahatkan cadangan yang kita sebagai ibu dan bapa mahukan. Seemoga berjaya ! Usaha yang terbaik, Doa bersungguh-sungguh selebihnya Allah yang tentukan…

 

#auladhomeschool

www.fb.com/anayasmin

4 thoughts on “Waktu-waktu berkesan memahat kata-kata positif

    • Anayasmin says:

      apabila anak focus kepada sesuatu, contohnya focus membaca buku, kita bisikkan kata-kata positif. Kerana bila anak focus, minda separa sedarnya mudah menerima cadangan.

Comments are closed.