Travelog Tadabbur Alam: #1 JEJU ISLAND, Korea

Bismillah,

“Macam tak sekolah…
Tapi ..Kami belajar.
Dimana sahaja,
Bila-bila masa dan dunia menjadi bilik darjah kami…”

Bila nak tulis travelog ni saya berkira-kira takut syok sendiri, dalam hati…

“Eh ada ke orang nak baca ke?”

Dalam bermonolog tiba-tiba terbaca di post seseorang,

“Pengembara yang tidak menulis umpama Haji Bakhil”.

Dush, terkena batang hidung. Dalam hati berdoa agar Allah permudahkan urusan menulis ini jika ianya baik untuk kami dan orang lain.

Kenapa saya nak sangat tulis travelog ni? Sebab…Korea ni banyak sangat khazanah yang jauh berkali ganda tak ternilai berbanding KPOP. (ramai orang kenal Korea ni melalui KPOP kan).

Ok, tadabbur alam kita hari ni, Jeju. Satu pulau dihujung Korea.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Itulah bisikan tak henti di jiwa kerana kagum melihat kecantikan alam disini.

Memang satu peluang tak ternilai Allah beri untuk ke sini. Tak jangka sebenarnya sebab pada awalnya kami sepatutnya ke India. Allah jua sebaik-baik perancang.

Ok, tadabbur alam kita hari ni, Jeju. Satu pulau dihujung Korea. (rujuk peta)
Jeju bagi saya satu yang perlu disinggah bagi mereka yang ke Korea. Jauh lebih unik berbanding Nami Island yang popular dengan kisah Winter Sonata.

Dalam banyak destinasi yang disinggah di Jeju, Ilchulbong (gunung berapi seperti di gambar) antara yang menggamit perasaan mahu bersujud kepadaNya!

Ya terlalu kagum saya melihat kegagahan puncak gunung berapi ini. Walau hanya sedikit puncak yang kelihatan, ia sudah terlalu tinggi dan gah di mata kami.

Saya tergamam pada awalnya, tetapi keterujaan anak-anak menyedarkan saya untuk bercerita dan membawa mereka untuk melihat lebih lagi akan kebesaran Allah yang menciptakan.

Sememangnya saya sudah membuat kajian sedikit tentang tempat ini sebelum kesini, tetapi gambaran yang saya jangkakan adalah seperti bukit di batu caves. Bila tiba di kaki bukit…..Haaa ternganga…

Ternganga sebab terbayang “Ni baru puncak nya…dalam lautan dan dalam bumi yang tak kelihatan???” Tak terbayang dek fikiran. Memang benarlah gunung-gunung ni pasak bumi.

Maka teringatlah pada ayat yang pernah kami kupas dan beraktiviti bersama tahun lepas.

Memang maknya ini pun belajar sekali bila mengajar. Dapat manfaat sama. Dan memang benar anak lebih mudah faham bila dah pernah bicara tentang gunung, pasak, volcanoes dan sebagainya.

Kami tidak tahu perjalanan pendakian bagaimana.

“Kita daki ye? Kita doa dan tawakal pada Allah agar mudahkan pendakian. Umi pun tak tahu macam mana ‘track’ nya..pergantungan kita pada Allah sahaja,ok?”

Semua mengangguk..nampak ‘cuak’ juga wajah mereka.Tapi semangat memang berkobar nak mendaki.

“Oh ye, satu lagi. Nampak tak atas puncak sana? Kita akan daki sampai ke sana. Jadi….we need a lot of energy. But Ummi wanna tell you the secret…your real energy is here…In your mind..Ok? Can we do it?”

“YES!!!” confident anak menjawab.

“We should say…INSHAALLAH!Remember Ummi said, tawakkal kepada Allah!”

Sebelum tu jom ulang doa melihat alam: Surah Ali Imran ayat 191.

Subhanallah dengan explain kepada anak sebelum lakukan sesuatu sangat membantu bagi kami. InshaAllah anak mudah cooperate kerana mereka dapat anticipate apa yang akan dihadapi.

Maka mendakilah kami hingga ke puncak. Tak sangka anak-anak mampu lakukannya naik dan turun. Kepuasan tergambar bila berjaya sampai puncak.

Dan track nya curam tetapi tangga-tangga kemas disediakan.

Angin yang kuat, hujan renyai-renyai dan suhu yang sejuk meruntun lagi jiwa kami. Anak kecil sangat merasakan hebatnya dan Amazingnya Allah bila angin kuat yang menyukarkan mereka berjalan, yang menghempas ombak di pantai tidak mampu berbuat apa-apa kepada gunung yang tersergam.

Di puncak sekali lagi sangat – sangat merasa diri kerdil dan hebatnya Tuhan yang menciptakan. Perasaan yang sama dirasai apabila melihat hebatnya Tuhan yang menghidup dan mematikan (seperti kisah buku Doktor Bukan Tuhan).Hati ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan…rasa tak keruan..rasa sangat-sangat kerdil…

Rasa berat untuk melangkah turun. Terlalu indah untuk dilepaskan dari pandangan mata. Sungguh cantik lukisan alam. Perlu juga turun. Lama di atas juga risau akan anak-anak yang tak surut energynya.

Sengaja melangkah perlahan..satu persatu diperhatikan. Sambil anak digendong dalam “babywearing” dibisik sedikit zikir dan diceritakan kepadanya keindahan agar dia tidak terlepas merasai keajaiban perasaan itu.

Tiba di kereta sebelum berlalu ke destinasi seterusnya, sementara ‘perasaan itu’ masih segar…segera saya curi peluang untuk tadabbur lebih lagi dengan membawakan ayat Quran.

Saya sejujurnya sudah membuat sedikit persediaan untuk membawa jiwa-jiwa anak kecil saya ‘mengembara’ mengenal Pencipta.

Saya cuba prepare sedikit sebanyak yang mampu untuk memberi nilai tambah buat anak-anak. Ini contoh buku nota kecil saya.

Nampak anak sangat interested, saya google image berkaitan kerana anak kecil perlu ‘melihat’ sesuatu itu untuk faham. 4 tahun masih belum boleh memahami analogy atau perkara tidak konkrit di depan mata.

Saya tunjuk gambar dan cerita pada laras bahasa sesuai umur mereka..


Selebihnya semoga Allah swt sampaikan rasa itu di jiwa mereka…..

Saya perasan, apabila anak sudah boleh membaca lebih mudah mereka faham sekeliling dan curiositynya membuatkan dia mahu membaca semua benda yang boleh dibaca.

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih Allah swt atas peluang yang indah ini.
Momen-momen kebersamaan yang akan terus menjadi kenangan dijiwa kami…

Memang benarlah alam ini membantu kita mengenal Penciptanya…

“Tadabburlah alam, pasti kagum kebesaran Tuhan!”

Wallahu’alam.

#AuladReadPlay

#auladhomeschool