MEMORI VISUAL ANAK TENTANG IBU

Cuba kita bayangkan ibu kita. Apa memori atau kenangan semasa kita kecil yang kita ingat tentang ibu kita?

.

Adakah kita teringat kita bangkit tidur, kita cari ibu nampak dibilik solat ibu sorang diri duduk bertahajjud atau berzikir di sejadahnya.

.

Senyumannya memanggil kita untuk duduk dipangkuannya. Sambil kita baring sambil ibu usap rambut kita. Kita terlelap lagi sabil diiringi alunan suara ibu mengaji.

.

Kemudian kita solat subuh bersama ibu dan ketika itu ayah ke masjid. Kita siap mandi sarapan pun dah siap. Ibu kita dibibirnya tak lekang dengan zikir.

.

Pergi sekolah ibu pesan lagi kepada kita, jadi murid yang solehah, solat zuhur dulu sebelum mulakan kokuikulum petang ya.

.

Balik sekolah ibu tiada kerana berkerja. Petang ibu balik dalam wajah keletihan dia peluk kita. Dia ajak kita solat asar bersama. Mengaji bersama sebelum dia ke dapur untuk siapkan makan malam.

.

Waktu maghrib waktu yang semua tunggu-tunggu. Dapat solat dengan ibu, dapat dengar ibu beri tazkirah yang lucu tetapi mengesani. Allahuakbar.

.

Indahnya waktu itu.

.

Cuba bayangkan, ibu bagaimana kita mahu diri kita di ‘VISUAL’ kan oleh anak kita?

.

huhu takut, sayu

.

Visual yang meninggalkan kesan kepada jiwanya, peribadinya???

Fikir-fikirkanlah wahai hati ini…