Dua konteks penggunaan perkataan JANGAN!

Banyak pendapat tentang penggunaan perkataan JANGAN ni.

Sampai kadang-kadang kita jadi keliru.

JANGAN!! baca tulisan ni je dah rasa negatif kan.

Tengok gambar bawah ni lagi rasa macam ‘dihalang’!

Yes, KATA-KATA kita sangat POWERFUL!

Ia boleh mengesani anak-anak.

Penggunaan perkataan ‘JANGAN’ adalah ‘bergantung kepada konteks’ kita menggunakannya.

Bukan 100% tak boleh diguna.

Dua konteks yang saya ringkaskan:

  1. konteks perkara yang boleh bertolak ansur dan tidak bahaya
  2. perkara yang memang tak boleh bertolak ansur atau sesuatu yang bahaya

Cth:

  1. jangan buang sampah

Ini adalah cara hidup yang masih ada kelonggaran untuk diberi ruang anak belajar. Maka kita boleh murnikan dengan guna ‘buang sampah di tong sampah’ misalnya.

  1. Jangan syirikkan Allah

Ini perkara tidak boleh tolak ansur. Kalau kita murnikan sekalipun, taatlah kepada Allah, anak perlu tahu batas-batas kerana dalam ketaatan kadang-kadang boleh terjebak kepada kesyirikkan.

Cth bahaya pula: anak lari-lari sikit lagi nak jatuh longkang besar. Takkan kita nak cakap: “mainlah disini, lebih sealamat.” tau-tau anak dah jatuh longkang. Mestilah kita jerit “jangan main kat situ!!” sure anak terberhenti sebab mak dah terjerit. Refleks.

Apa jadi dalam otak kita bila dengar kata-kata positif & negatif ni?

Perkataan negatif: merangsang aktiviti di amygdala (bahagian tengah otak) yang menghasilkan hormon stress yang mengurangkan kebolehan otan depan (frontal lobe). Otak depan ni berkebolehan cair alasan, fikir logik. Jadi kalau tentang syariat dari Allah tak semua boleh dihadam oleh logik.

Perkataan positif merangsang otak depan, frontal lobe. Jadi kalau isu boleh ditolak ansur, berilah peluang anak untuk membuat reasoning atau berfikir sebelum bertindak. Maka gunalah perkataan positif.

 

KUNCINYA: Gunalah perkataan JANGAN itu hanya pada tempat yang sesuai dan bukan selalu.

Ok, saya pun bukan perfect. Hanya kongsi apa yang saya tahu.:)