BAGAIMANA MEMBACA BUKU KANAK-KANAK MEMBANTU KOMUNIKASI BAYI USIA 0-3TAHUN

MashaAllah! Bayi memang berkembang dengan cepat. Otak bayi macam sponge. Dari kajian menunjukkan salah satu cara merangsang perkembangan minda dan emosi bayi adalah dengan berkomunikasi dengan bayi anda sejak lahir.

Sumber pintrest

 

 

Komunikasi boleh dari segi berbual atau membacakan buku kepadanya. Komunikasi bukan hanya melibatkan kebolehan BERCAKAP anak tetapi juga kemahiran MENDENGAR.

TAHUKAH ibu, Usia 0-3 tahun, ibu boleh perhatikan kemahiran mendengar bayi seperti:

  • terkejut apabila mendengar bunyi kuat
  • senyap atau tersenyum apabila mendegar ibu atau ayah bercakap dengannya
  • kenal suara ibu dan nampak lebih tenang apabila ibu bercakap dengannya.

Usia 0-3tahun ini, anak sebenarnya bercakap dengan kita melalui:

  • ¬†cooing = rengekan manja bayi
  • senyum
  • nada tangisan berbeza untuk kehendak berbeza

Jadi, bagaimana ibu boleh ‘bonding’ dan galakkan komunikasi dengan bayi usia ini?

  1. Galakkan anak ‘berbual’ dengan anda. Cakap, berhenti dan beri laluan bayi mengeluarkan rengekan manja nya atau tersenyum. Ini membantuk anak belajar tentang giliran dalam perbualan.
  2. Bercakap sebanyak mungkin dengan bayi pada waktu siang. Respon boleh ditujukkan dengan meniru bunyi atau respon bayi kepada kita.
  3. Tiru ekspresi muka anak. Seperti cermin.

Tetapi apa yang nak ‘dibualkan’ dengan si comel ini?

  • cakap tentang apa yang ibu sedang lakukan. Contohnya “kita mandi, mandi dengan air suam.” kita minum susu ya sayang.
  • Bercakaplah tentang kemana destinasi, apa akan dibuat disana
  • Ajar bunyi haiwan.
  • Bercakaplah dengan bahasa yang anda selesa.

OLEH ITU, MEMBACA MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN INI.

Membaca membantu perkembangan otak bayi dari hari pertama dilahirkan. Gambar di buku, ekspresi wajah ibu, intonasi suara ibu sangat mengesani emosi mereka.