RAMADAN MEMBINA “SELF-CONTROL” DALAM DIRI ANAK

Perasan tak..salah satu skill yang kita perlu terap pada anak-anak adalah SELF CONTROL atau kawalan diri. Ia satu skill YANG SANGAT PENTING dan tak boleh diajar dengan buku atau kata-kata..lagi-lagi zaman internet yang sekali tekan anak terus dapat apa dia nak. Kalau skill membaca misalnya..ajar anak baca boleh nampak hasil.. . . tapi skill yang satu ni MESTI BUAT BARU ANAK PEROLEH HASIL. Skill ni antara faktor yang membentuk ciri seorang yang BERJAYA! . Peningnya..macam mana nak ajar tu Dr Ana? . MashaAllah, peluang sangat terbentang semasa Ramadan ni. Ada satu kajian. . Ia dibuat pada sekumpulan kanak-kanak 4 tahun.. mereka diberi tawaran makan 1 marshmallow sekarang atau jika mereka tunggu beberapa jam lagi mereka akan dapat 2 marshmallow. Anak-anak yang menunggu dan mendapat 2 marshmallow apabila dikaji selepas 10 tahun..mereka menjadi seorang yang lebih competent dalam akademik dan sosial juga berkemahiran mengawal kekecewaan dan menolak suatu tarikan..Kerana mereka ADA SKILL MENGAWAL DIRI.   Cuba kaitkan dengan Ramadan..anak-anak sebenarnya perlahan-lahan membina kemahiran mengawal diri mereka dari makan dan dapat ‘reward’ segera. Ini bantu bina kemahiran mengawal diri mereka sebenarnya. Cantik kan?   Manfaatkan betul-betul peluang ni!Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang mempunyai self control yang baik melalui acuan didikan Islam. Kemudian jangan lupa selitkan dengan keberadaan Allah yang maha melihat..walau tiada siapa yang nampak, Allah kan ada 😉 “Alam ya’lam biannallah ha yara..” Seronokkan bila kita dapat kaitkan perkembangan anak dan amalan harian. Kalau berguna, jangan lupa follow dan set see first #Dr anayasmin agar tak terlepas tips-tips lain.